Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Hubungan antara ADHD dan kualiti tidur.

Kepentingan amalan sleep hygiene yang baik.

Membina rutin malam dan mengawal screen time.

Mengenal pasti faktor yang mengganggu tidur anak.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 3.10 suitability image

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda sukar tidur walaupun sudah berada di atas katil pada waktu yang sepatutnya.

Anak mungkin masih aktif, banyak bercakap, berpusing-pusing, meminta pelbagai perkara atau mengambil masa yang sangat lama untuk benar-benar tidur.

Waktu malam sering menjadi rutin yang meletihkan dan penuh peringatan.

Anda sudah berkali-kali meminta anak mandi, menutup skrin, mengemas barang atau masuk tidur, tetapi setiap langkah masih mengambil masa dan mudah bertukar menjadi pertengkaran.

Anda mahu membina rutin tidur yang lebih tenang, konsisten dan realistik untuk keluarga.

Anda mahu belajar mengenal pasti pola tidur anak, mengurangkan rangsangan, menyusun langkah malam yang lebih jelas dan menilai perubahan secara berperingkat tanpa memaksa terlalu banyak perkara serentak.

Anak ADHD Susah Tidur Malam?

Bila anak sukar tidur malam, kita mungkin menganggap mereka tidak perlukan banyak rehat atau sengaja berjaga lewat. Kesukaran tidur ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan ADHD, dan tidur yang tidak berkualiti boleh memburukkan lagi simptom mereka pada keesokan harinya. Memahami kaitan ini tidak bermaksud kita membiarkan jadual tidur mereka terus tidak teratur. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa membina rutin malam yang konsisten dan amalan tidur yang sihat untuk meningkatkan kualiti rehat seluruh keluarga.

Worksheet

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Sleep Hygiene Checklist & Sleep Diary untuk menjejaki kualiti tidur anak.

Replay and Access

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan membina rutin malam, bukan membiarkan jadual tidak teratur.

Apabila kita memahami kaitan ADHD dan kesukaran tidur, kita boleh membantu meningkatkan kualiti rehat seluruh keluarga. Sertai webinar ini dan pelajari cara membantu anak mendapat tidur yang berkualiti.