Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Punca anak ADHD sukar mengikut rutin.
Cara membina rutin harian yang berkesan.
Penggunaan jadual visual dan habit stacking.
Kepentingan mengekalkan konsistensi di rumah.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Rutin harian di rumah sering bertukar menjadi sesi mengingatkan, memujuk atau bergaduh.
Anak sukar memulakan rutin seperti bersiap ke sekolah, mandi, membuat kerja sekolah atau tidur walaupun arahan yang sama sudah diberikan berkali-kali.
Anda mahu memahami mengapa anak masih sukar mengikut rutin walaupun dia tahu apa yang perlu dilakukan.
Anda mahu mengenal pasti bahagian rutin yang terlalu panjang, kurang jelas atau memerlukan lebih banyak sokongan, bukan terus menganggap anak malas, manja atau sengaja melawan.
Anda mahu membina rutin yang lebih jelas, ringkas dan mudah diamalkan oleh seluruh keluarga.
Anda mahu belajar memilih satu rutin, memecahkannya kepada langkah kecil, menggunakan petunjuk yang sesuai dan menilai semula apa yang berkesan tanpa mengubah terlalu banyak perkara serentak.
Anak ADHD Susah Ikut Rutin?
Bila setiap pagi terasa seperti peperangan kerana anak lambat bersiap, kita sering menganggap mereka sengaja melengah-lengahkan masa. Kesukaran mengikut jadual ini mungkin berpunca daripada cara otak ADHD berfungsi yang menyukarkan mereka merancang dan mengekalkan fokus. Memahami cabaran ini tidak bermaksud kita membiarkan anak hidup tanpa peraturan atau jadual. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa membina rutin harian yang realistik dan berkesan menggunakan bantuan visual supaya kehidupan lebih teratur dan kurang konflik.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Morning & Evening Routine Planner untuk membina jadual harian visual.
Replay and Access
Bagi peserta sedia ada, rujuk dashboard dan tempoh akses yang diberikan. Ketersediaan rakaman Webinar 3.2 serta kelayakan akses untuk pembelian baharu perlu disahkan dengan pasukan Soul Insight.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan struktur, bukan paksaan.
Webinar 3.2 telah selesai. Lihat jadual terkini Bab 3 untuk sesi LIVE seterusnya. Peserta sedia ada boleh merujuk dashboard; hubungi pasukan Soul Insight untuk pertanyaan akses rakaman.
RM100.00