Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Memahami maksud hiperaktif.

Cara mengurus tenaga anak dengan berkesan.

Aktiviti fizikal dan strategi di rumah serta sekolah.

Membantu anak membina kawalan diri (self-regulation).

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 3.3 Kenapa Anak ADHD Tak Boleh Duduk Diam?

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda sentiasa bergerak, gelisah atau sukar duduk diam walaupun keadaan memerlukan mereka bertenang.

Anak kerap bangun dari tempat duduk, memanjat, berlari, menggoyangkan badan atau menyentuh barang di sekeliling sehingga anda sering terpaksa menegurnya.

Anda keliru sama ada anak sengaja tidak mahu duduk diam atau benar-benar sukar mengawal keperluannya untuk bergerak.

Anda mahu memahami apa yang berlaku di sebalik tingkah laku hiperaktif supaya anda tidak terus melabel anak sebagai nakal, tidak berdisiplin atau sengaja mencabar arahan.

Anda mahu membantu anak mengurus tenaganya dengan cara yang lebih praktikal dan positif.

Anda mahu belajar menyediakan ruang untuk bergerak, menyesuaikan jangkaan dan menggunakan strategi yang membantu anak kembali tenang tanpa perlu sentiasa menjerit, menghukum atau memaksanya duduk diam.

Kenapa Anak ADHD Tak Boleh Duduk Diam?

Bila anak sentiasa bergerak, memanjat, atau berlari, kita mudah berasa letih dan melabel mereka sebagai nakal. Tingkah laku hiperaktif ini bukanlah sesuatu yang disengajakan, tetapi merupakan sebahagian daripada cabaran mereka mengawal pergerakan (self-regulation). Memahami punca hiperaktif ini tidak bermaksud kita membiarkan mereka bertindak sesuka hati di semua tempat. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa menyalurkan tenaga anak secara positif dan produktif tanpa perlu kerap menghukum.

Worksheet

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Energy Meter & Movement Break Planner untuk mengurus tahap tenaga anak.

Replay and Access

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan menyalurkan tenaga, bukan menyekatnya.

Apabila kita memahami punca hiperaktif, kita boleh membantu anak mengurus pergerakan mereka secara positif. Sertai webinar ini dan pelajari strategi mengurus tenaga anak dengan berkesan.