Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Punca kesukaran membuat keputusan dan peranan executive function.
Teknik coaching untuk mencari penyelesaian sendiri.
Membimbing anak menilai pilihan dan akibat.
Strategi membina keyakinan dan sikap bertanggungjawab.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda kreatif dan mempunyai banyak idea, tetapi sering buntu apabila sesuatu tidak berjalan seperti yang dirancang.
Anak mungkin cepat meminta bantuan, berputus asa atau menunggu anda menyediakan segala-galanya apabila bahan, alat atau penyelesaian yang biasa digunakan tidak tersedia.
Anda mahu membantu anak menggunakan idea dan sumber yang ada dengan lebih yakin.
Anda mahu membimbing anak melihat pelbagai kemungkinan, mencuba pendekatan yang berbeza dan mencari alternatif tanpa terus mengambil alih atau memberikan jawapan.
Anda mahu membina sikap resourceful supaya anak lebih fleksibel dan berdikari dalam kehidupan harian.
Anda mahu belajar menggalakkan anak bertanya, mencuba, menyesuaikan rancangan dan menggunakan kesilapan sebagai peluang untuk menghasilkan penyelesaian baharu.
Bila anak sentiasa bergantung kepada kita untuk membuat pilihan, kita mungkin menganggap mereka tidak mampu atau belum bersedia untuk berdikari.
Kesukaran membuat keputusan ini sebenarnya berpunca daripada cabaran "executive function" yang menyukarkan mereka merancang dan menilai pilihan. Memahami kesukaran ini tidak bermaksud kita perlu terus menyelesaikan setiap masalah atau membuat semua keputusan untuk mereka. Sebaliknya, ia melatih ibu bapa menjadi pembimbing (coach) yang berkesan untuk membina keyakinan anak menyelesaikan masalah secara berdikari.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet My Decision & Problem Solving Toolkit untuk melatih anak membuat keputusan.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan membimbing anak, bukan membuat semua keputusan untuk mereka.
Apabila kita melatih diri menjadi pembimbing yang berkesan, kita boleh membina keyakinan anak menyelesaikan masalah secara berdikari. Sertai webinar ini dan pelajari cara membantu anak membuat keputusan dengan lebih berdikari.
RM100.00