Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Mengenal pasti kekuatan dan potensi anak.

Strategi membina keyakinan diri anak.

Merancang masa depan dan menyokong perkembangan.

Membina pelan tindakan keluarga untuk jangka panjang.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 5.1 suitability highlights

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anda ingin membantu anak ADHD anda mengenali “superpower” dan potensi diri mereka.

Anda perasan anak sering meragui diri sendiri, cepat berkata “tak boleh”, atau tidak sedar kekuatan unik yang mereka miliki dalam cara berfikir, belajar, dan menyelesaikan masalah.

Anda mahu memahami bagaimana cabaran executive function mempengaruhi keyakinan dan arah masa depan anak.

Anda ingin tahu bagaimana kesukaran merancang, membuat keputusan, dan mengurus langkah demi langkah boleh membuatkan anak kelihatan “hilang arah” walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.

Anda mahu membina keyakinan diri dan hala tuju masa depan anak dengan cara yang lebih positif dan membina.

Anda mahu belajar cara membimbing anak mengenal kekuatan diri, membina keyakinan, dan mula melihat masa depan mereka dengan lebih jelas, harapan, dan percaya pada kemampuan sendiri.

Bila kita terlalu fokus menguruskan cabaran harian ADHD, kita sering terlupa melihat kelebihan dan potensi luar biasa yang ada pada anak.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi, anak ADHD sebenarnya memiliki kekuatan unik yang boleh menjadi "superpower" jika digilap dengan betul. Mengiktiraf kekuatan ini tidak bermaksud kita mengabaikan cabaran atau berhenti memberikan sokongan yang mereka perlukan. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa merancang masa depan yang positif dan membina pelan tindakan keluarga yang berterusan untuk menyokong kejayaan anak.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet My ADHD Success Blueprint untuk mengenal pasti kekuatan anak dan membina pelan tindakan.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan merancang masa depan yang positif, bukan sekadar menguruskan cabaran harian.

Apabila kita mengiktiraf kekuatan unik anak, kita boleh membina pelan tindakan keluarga yang berterusan untuk menyokong kejayaan mereka. Sertai webinar ini dan bantu anak mengenali potensi diri mereka.