Gunakan Kod SOULMALAYSIA
Masukkan kod SOULMALAYSIA semasa checkout untuk menikmati harga promosi RM29. Sah sepanjang tempoh pendaftaran Webinar 2.2 pada 4 Oktober 2026.
Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Terapi tingkah laku untuk anak ADHD.
Kepentingan latihan keibubapaan (parent training).
Sokongan sekolah dan peranan rutin harian.
Keperluan dan manfaat intervensi awal.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anda mahu mengetahui pilihan lain yang boleh membantu anak selain ubat ADHD.
Anda sedang mencari pendekatan yang lebih menyeluruh dan mahu memahami peranan terapi, latihan ibu bapa, sokongan sekolah serta perubahan rutin harian.
Anda keliru memilih jenis sokongan atau intervensi yang sesuai untuk anak.
Anda pernah mendengar tentang terapi carakerja, terapi tingkah laku, kaunseling atau latihan kemahiran, tetapi tidak pasti fungsi setiap pendekatan dan bila ia mungkin diperlukan.
Anda mahu membina pelan sokongan yang praktikal mengikut keperluan anak dan keluarga.
Anda mahu tahu langkah yang boleh dimulakan di rumah, perkara yang perlu dibincangkan dengan pihak sekolah dan bila anda patut mendapatkan bantuan profesional.
Bila anak didiagnosis dengan ADHD, ramai yang menyangka ubat adalah satu-satunya cara untuk membantu mereka.
Hakikatnya, rawatan ADHD yang berkesan melibatkan pendekatan menyeluruh termasuk terapi tingkah laku, sokongan sekolah, dan peranan rutin harian. Meneroka pilihan tanpa ubat ini tidak bermaksud kita menolak rawatan perubatan jika diperlukan. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa membina pelan sokongan yang holistik dan berkesan mengikut keperluan unik anak sejak dari awal.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan diberikan nota untuk mengenal pasti sistem sokongan anak.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Soalan Yang Mungkin Anda Fikirkan
Anak saya belum didiagnosis ADHD. Sesuai ke webinar ini? Webinar ini boleh membantu ibu bapa memahami pendekatan rawatan ADHD dengan lebih jelas. Namun, webinar ini bukan alat untuk membuat diagnosis. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang perkembangan atau tingkah laku anak, dapatkan penilaian daripada profesional kesihatan yang berkelayakan. Anak saya sudah mengambil ubat ADHD. Masih sesuai? Ya. Rawatan ADHD tidak semestinya bergantung kepada satu pendekatan sahaja. Webinar ini membantu ibu bapa memahami peranan pendekatan selain ubat dan bagaimana ia boleh menjadi sebahagian daripada pelan pengurusan ADHD mengikut keperluan anak. Adakah webinar ini menyarankan ibu bapa berhenti atau mengelakkan ubat ADHD? Tidak. Webinar ini bukan sesi untuk menolak atau menggantikan rawatan ubat yang telah disarankan kepada anak. Sebarang keputusan berkaitan ubat perlu dibincangkan dengan doktor atau profesional kesihatan yang merawat anak anda. Webinar ini sesuai untuk ibu bapa anak umur berapa? Perbincangan Parenting ADHD memberi tumpuan terutamanya kepada cabaran keluarga dengan anak dan remaja usia sekolah, termasuk konteks umur 7–12 tahun dan 13–17 tahun. Kalau saya tak dapat hadir secara live? Peserta berdaftar akan mendapat akses kepada rakaman replay dan bahan webinar selama 14 hari selepas sesi. Apa yang berlaku selepas saya membuat pembayaran? Selepas pendaftaran berjaya, anda akan menerima pengesahan pendaftaran melalui Thinkific. Maklumat akses ke sesi live akan dihantar melalui sistem webinar, termasuk pautan akses sebelum sesi berlangsung. Selepas webinar selesai, rakaman replay dan bahan webinar akan disediakan kepada peserta berdaftar untuk akses selama 14 hari.
Mula dengan sokongan, bukan sekadar ubat.
Apabila kita membina pelan rawatan yang menyeluruh, kita memberi peluang terbaik untuk anak berkembang. Sertai webinar ini dan teroka pelbagai pendekatan rawatan tanpa ubat yang terbukti berkesan.
RM100.00