Apa yang akan kita bincangkan?

1. Apa sebenarnya yang ubat ADHD cuba bantu? Fahami peranan ubat dalam membantu fungsi harian anak.

2. Apa manfaat dan kesan sampingan yang perlu diperhatikan? Ketahui apa yang biasanya dipantau sepanjang rawatan.

3. Adakah ubat akan mengubah personaliti anak atau menjadikan anak “zombie”? Bezakan kebimbangan, mitos dan perkara yang benar-benar perlu diperhatikan.

4. Kalau mula ubat, perlu makan sampai bila-bila? Fahami kenapa tempoh dan keperluan rawatan berbeza bagi setiap anak.

Bersama Dr Khadijah Hasanah

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja

Dr Khadijah akan membimbing ibu bapa memahami persoalan tentang ubat ADHD secara seimbang dan berasaskan bukti — bukan untuk menyuruh anda memilih “ubat” atau “tak ubat”, tetapi supaya anda lebih bersedia berbincang dengan doktor yang merawat.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

 Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 2.1 suitability highlights

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anda masih ragu-ragu apabila doktor mencadangkan ubat ADHD untuk anak.

Anda risau tentang manfaat, kesan sampingan atau apa yang akan berlaku selepas rawatan bermula.

Anda pernah dengar pelbagai cerita tentang ubat ADHD dan tak pasti mana satu fakta.

Daripada “anak akan jadi zombie” sampai “nanti bergantung pada ubat” — anda mahu memahami perkara ini dengan lebih jelas.

Anda mahu lebih bersedia sebelum berbincang dengan doktor.

Anda mahu tahu apa yang patut ditanya, apa yang perlu dipantau dan bagaimana perkembangan anak dinilai.

Webinar ini bukan untuk menyuruh anda pilih “ubat” atau “tak ubat”.

Keputusan tentang rawatan ADHD bukan sesuatu yang perlu dibuat kerana tekanan, ketakutan atau pendapat orang lain. Dalam webinar ini, kami membantu anda memahami apa yang ubat boleh bantu, apa yang perlu dipantau, dan soalan yang boleh dibincangkan bersama doktor. Matlamatnya bukan untuk membuat keputusan bagi pihak anda. Matlamatnya ialah supaya anda lebih faham sebelum membuat keputusan bersama doktor yang merawat.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan diberikan nota untuk membimbing pemahaman berkaitan ubat ADHD.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Nak Belajar Lebih Mendalam?

Full Course Parenting ADHD ialah program lanjutan yang berasingan dan tidak termasuk dalam tiket webinar individu ini. Program penuh menyediakan 23 pelajaran, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan fakta, bukan ketakutan.

Anda tak perlu mempunyai semua jawapan sebelum berbincang tentang rawatan anak. Mulakan dengan memahami pilihan yang ada dan soalan yang patut ditanya. 🇲🇾 PROMOSI HARI MALAYSIA Harga biasa RM100 RM29/pax Gunakan kod SOULMALAYSIA semasa checkout. Kod sah sehingga 30 September 2026. Selepas mendaftar Anda akan menerima akses ke sesi live melalui platform pembelajaran Soul Insight. Selepas webinar, replay dan bahan sesi akan tersedia selama 14 hari. Webinar ini adalah sesi pendidikan umum untuk ibu bapa dan penjaga. Ia bukan konsultasi individu, diagnosis atau preskripsi. Sebarang keputusan berkaitan ubat anak perlu dibincangkan bersama doktor yang merawat.