Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Mengenal pasti tanda-tanda parent burnout.
Kepentingan self-care untuk kesejahteraan diri.
Membina daya tahan emosi (emotional resilience).
Mendapatkan sokongan sosial dan mengurus tekanan.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anda sering berasa penat, tertekan atau kehabisan tenaga dalam menguruskan keperluan anak ADHD.
Hari-hari anda dipenuhi dengan mengingatkan, menenangkan, menyelesaikan konflik dan memastikan rutin berjalan sehingga keperluan diri sendiri sering diketepikan.
Anda berasa bersalah apabila mahu berehat atau meluangkan masa untuk diri sendiri.
Anda bimbang bahawa menjaga diri bermakna anda mementingkan diri, tidak cukup kuat atau tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Anda mahu menjaga kesejahteraan diri supaya dapat terus menyokong anak dengan lebih tenang dan konsisten.
Anda mahu belajar mengenal pasti tanda keletihan, menetapkan batas yang lebih sihat dan membina langkah self-care yang realistik tanpa menambah tekanan atau rasa bersalah.
Menjaga Diri Sendiri Bukan Mementingkan Diri
Bila kita merasa letih dan tertekan menguruskan anak, kita sering berasa bersalah untuk meluangkan masa berehat untuk diri sendiri. Keletihan melampau atau "burnout" ini adalah nyata, dan ibu bapa perlu sedar bahawa mereka tidak boleh memberi sokongan yang baik jika diri sendiri kehabisan tenaga. Mengutamakan penjagaan diri (self-care) tidak bermaksud kita mementingkan diri sendiri atau mengabaikan tanggungjawab terhadap anak. Sebaliknya, ia adalah langkah penting untuk membina daya tahan emosi supaya kita boleh menjadi ibu bapa yang lebih tenang, konsisten dan positif.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Parent Recharge Plan untuk mengenal pasti tanda burnout dan merancang penjagaan diri.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan penjagaan diri, bukan mengabaikan keletihan melampau.
Apabila kita membina daya tahan emosi, kita boleh menjadi ibu bapa yang lebih tenang, konsisten dan positif. Sertai webinar ini dan pelajari kepentingan self-care tanpa rasa bersalah.
RM100.00