Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Mengenal pasti kekuatan unik anak ADHD.

Menggalakkan kreativiti dan sifat resourcefulness.

Memupuk pemikiran berkembang (growth mindset).

Strategi berkesan untuk membina potensi anak.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda boleh memberi tumpuan lama pada aktiviti yang diminatinya, tetapi sukar menyiapkan tugasan yang kurang menarik.

Anak mungkin boleh melukis, bermain atau menghasilkan projek kreatif berjam-jam, tetapi kerja sekolah, tugasan rumah dan rutin harian sering tertangguh atau tidak disiapkan.

Anda keliru mengapa anak nampak begitu tekun pada sesetengah perkara tetapi cepat berputus asa pada perkara lain.

Anda mahu memahami bagaimana minat, motivasi dan cabaran executive function mempengaruhi keupayaan anak untuk memulakan serta meneruskan tugasan yang dirasakan membosankan atau sukar.

Anda mahu membantu anak menyeimbangkan minat dengan tanggungjawab tanpa mematikan kreativiti mereka.

Anda mahu belajar memecahkan tugasan, membina momentum dan melatih anak meneruskan usaha secara berperingkat supaya mereka lebih konsisten menyiapkan perkara yang telah dimulakan.

Bila anak asyik dengan minat mereka sehingga mengabaikan tugasan penting, kita sering melihatnya sebagai satu masalah disiplin.

Imaginasi tinggi dan minat yang mendalam ini sebenarnya adalah kekuatan kreativiti yang boleh dipupuk menjadi sifat "resourceful". Menggalakkan kreativiti ini tidak bermaksud kita membiarkan mereka terus mengabaikan tanggungjawab akademik mereka. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa menyalurkan minat tersebut untuk membina pemikiran berkembang (growth mindset) dan mengembangkan potensi sebenar anak.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Strength Finder untuk mengenal pasti dan mengaplikasi kekuatan unik anak.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan memupuk, bukan menyekat.

Apabila kita menyalurkan minat dan imaginasi anak dengan betul, ia menjadi kekuatan yang luar biasa. Sertai webinar ini dan pelajari cara membina sikap resourceful dalam diri anak anda.