Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Memahami ASD dan perbezaannya dengan ADHD.
Tanda utama Autism dalam komunikasi, tingkah laku dan deria.
Hubungan ADHD dan Autism serta cabarannya.
Keperluan penilaian lanjut, diagnosis awal dan intervensi.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda menunjukkan beberapa tingkah laku yang kelihatan berbeza daripada ciri ADHD yang biasa anda fahami.
Anak mungkin sangat sensitif terhadap bunyi, tekstur atau perubahan rutin, sukar menyesuaikan diri dalam situasi sosial atau mempunyai minat yang sangat khusus dan mendalam.
Anda keliru kerana sesetengah ciri ADHD dan autism kelihatan hampir sama.
Anda mahu memahami perbezaan antara kesukaran fokus, tingkah laku berulang, cabaran komunikasi sosial dan keperluan terhadap rutin tanpa terus membuat kesimpulan atau mendiagnosis anak sendiri.
Anda mahu tahu tanda yang perlu diperhatikan dan bila wajar mendapatkan penilaian profesional.
Anda mahu merekod pemerhatian dengan lebih teratur, berbincang dengan profesional yang sesuai dan mendapatkan sokongan berdasarkan keperluan sebenar anak.
Bila anak sukar memahami perasaan orang lain atau sangat sensitif terhadap bunyi, kita mungkin tertanya-tanya adakah ini hanya ADHD atau ada sesuatu yang lain.
Cabaran komunikasi sosial dan pemprosesan deria ini mungkin merupakan tanda-tanda Autism Spectrum Disorder (ASD) yang boleh wujud bersama ADHD. Memahami persamaan dan perbezaan ini bukan bertujuan untuk ibu bapa membuat diagnosis sendiri di rumah. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa mengenali petunjuk awal dengan lebih jelas supaya dapat merancang penilaian lanjut dan intervensi yang paling sesuai untuk anak.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet "Should I Seek an Assessment?" Checklist untuk mengenal pasti keperluan penilaian lanjut.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan mengenali petunjuk awal, bukan membuat diagnosis sendiri.
Apabila kita memahami persamaan dan perbezaan ADHD dan ASD, kita dapat merancang penilaian lanjut yang sesuai. Sertai webinar ini dan kenali tanda-tanda Autism yang ibu bapa perlu tahu.
RM100.00