Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Memahami impulsiviti dan situasi berisiko.
Penggunaan teknik Pause-Think-Act.
Cara membantu anak mengawal emosi.
Strategi membina kawalan diri yang berkesan.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda sentiasa bergerak, gelisah atau sukar duduk diam walaupun keadaan memerlukan mereka bertenang.
Anak kerap bangun dari tempat duduk, memanjat, berlari, menggoyangkan badan atau menyentuh barang di sekeliling sehingga anda sering terpaksa menegurnya.
Anda keliru sama ada anak sengaja tidak mahu duduk diam atau benar-benar sukar mengawal keperluannya untuk bergerak.
Anda mahu memahami apa yang berlaku di sebalik tingkah laku hiperaktif supaya anda tidak terus melabel anak sebagai nakal, tidak berdisiplin atau sengaja mencabar arahan.
Anda mahu membantu anak mengurus tenaganya dengan cara yang lebih praktikal dan positif.
Anda mahu belajar menyediakan ruang untuk bergerak, menyesuaikan jangkaan dan menggunakan strategi yang membantu anak kembali tenang tanpa perlu sentiasa menjerit, menghukum atau memaksanya duduk diam.
Anak Bertindak Tanpa Berfikir?
Bila anak kerap menyampuk, bertindak melulu, atau sukar menunggu giliran, kita sering menganggap mereka tidak berdisiplin. Tingkah laku impulsif ini sebenarnya berpunca daripada kesukaran otak ADHD untuk berhenti dan berfikir sebelum bertindak. Memahami cabaran mengawal impuls ini tidak bermaksud kita membiarkan anak terlepas daripada akibat perbuatan mereka. Sebaliknya, ia membekalkan ibu bapa dengan strategi praktikal untuk melatih anak membina kawalan diri dan mengurus emosi dengan lebih berkesan.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet STOP → THINK → CHOOSE Card untuk melatih anak berhenti sebelum bertindak.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan melatih, bukan memarahi.
Apabila kita membekalkan anak dengan strategi kawalan diri, mereka boleh belajar berfikir sebelum bertindak. Sertai webinar ini dan bantu anak anda mengurus impulsiviti dengan lebih baik.
RM100.00