Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Memahami kecenderungan novelty seeking pada anak.

Mengurus risiko sambil menggalakkan eksplorasi.

Strategi membangunkan keberanian yang positif.

Menukar minat anak kepada peluang yang bermanfaat.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 5.4 suitability highlights

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda berani mencuba perkara baharu, tetapi kadangkala bertindak tanpa mempertimbangkan keselamatannya.

Anak mungkin memanjat terlalu tinggi, mencuba aksi berbahaya, berlari tanpa melihat keadaan sekeliling atau mengambil risiko kerana terlalu teruja dan yakin.

Anda keliru bagaimana mahu melindungi anak tanpa mematahkan keberanian dan semangatnya.

Anda mahu membezakan antara keberanian yang boleh digalakkan dengan tindakan impulsif yang memerlukan batas dan pemantauan lebih jelas.

Anda mahu membantu anak menjadi berani, tetapi tetap mampu menilai risiko dan membuat pilihan yang lebih selamat.

Anda mahu belajar menetapkan batas, membimbing anak berhenti dan berfikir serta menyediakan peluang mencuba yang sesuai tanpa terlalu mengawal atau melarang semua perkara.

Bila anak sering bertindak berani mencuba sesuatu yang berisiko, kita mudah berasa bimbang dan cuba menyekat pergerakan mereka.

Kecenderungan mencari pengalaman baharu (novelty seeking) ini jika dibimbing dengan betul boleh menjadi satu kelebihan dan kekuatan yang besar. Menggalakkan sifat berani ini tidak bermaksud kita membiarkan anak meletakkan diri mereka dalam situasi yang membahayakan keselamatan. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa mengurus risiko secara sihat dan menyalurkan rasa ingin tahu anak ke arah eksplorasi yang selamat dan bermanfaat.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Courage Challenge Journal untuk membantu anak mengurus pengalaman baharu secara positif.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan membimbing, bukan menghalang.

Apabila kita mengurus kecenderungan mencuba perkara baharu secara sihat, keberanian anak menjadi satu kelebihan. Sertai webinar ini dan pelajari cara menyalurkan keberanian anak ke arah positif.