Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Peranan working memory dan punca anak mudah lupa.
Membina sistem peringatan yang efektif.
Cara mengurus dan menyusun organisasi barang.
Melatih anak untuk menjadi lebih berdikari.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda kerap terlupa arahan, barang atau perkara yang baru sahaja diberitahu.
Anak mungkin lupa membawa buku, meninggalkan barang di sekolah atau tidak menyelesaikan tugasan walaupun arahan sudah diberikan beberapa kali.
Anda keliru mengapa anak masih terlupa walaupun perkara yang sama sudah berulang kali diingatkan.
Anda mahu memahami bagaimana cabaran memori kerja boleh menyebabkan anak sukar menyimpan dan menggunakan maklumat, bukan terus menganggap mereka cuai, tidak mendengar atau tidak bertanggungjawab.
Anda mahu membantu anak mengingati perkara penting tanpa perlu sentiasa menjadi “pengingat” untuknya.
Anda mahu belajar menggunakan arahan yang lebih jelas, petunjuk visual dan sistem sokongan yang membantu anak menjadi semakin teratur dan berdikari.
Asyik Lupa!
Bila anak asyik tertinggal barang atau lupa arahan, kita sering menganggap mereka tidak bertanggungjawab atau tidak mendengar kata. Kerap terlupa ini sebenarnya berpunca daripada kelemahan "working memory" yang menyukarkan mereka menyimpan dan memproses maklumat sementara. Memahami kelemahan ingatan ini tidak bermaksud kita perlu sentiasa mengingatkan atau melakukan segalanya untuk mereka. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa membina sistem peringatan dan organisasi yang praktikal supaya anak boleh menjadi lebih berdikari dan kurang konflik.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Memory System Builder untuk membina sistem peringatan dan visual cues.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan membina sistem peringatan, bukan sentiasa mengingatkan.
Apabila kita memahami kelemahan "working memory", kita boleh membantu anak menjadi lebih berdikari. Sertai webinar ini dan pelajari cara membina sistem untuk mengurangkan masalah mudah lupa.
RM100.00