Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Kepentingan kemahiran sosial untuk anak ADHD.
Membantu anak membaca isyarat sosial dengan betul.
Cara membina persahabatan dan menyelesaikan konflik.
Strategi meningkatkan keyakinan diri anak dalam bersosial.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda sukar berkawan, sering tersisih atau kerap menghadapi konflik dengan rakan.
Anak mungkin terlalu banyak bercakap, mencelah, sukar menunggu giliran, tidak menyedari reaksi orang lain atau mudah terasa apabila permainan tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Anda mahu memahami mengapa anak yang baik dan peramah masih menghadapi kesukaran dalam situasi sosial.
Anda mahu melihat cabaran di sebalik tingkah laku anak, bukan terus menganggap mereka kasar, terlalu sensitif, suka mengawal atau sengaja mengganggu rakan.
Anda mahu membantu anak membina kemahiran sosial dan keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain.
Anda mahu belajar membimbing anak memahami isyarat sosial, memulakan perbualan, menunggu giliran, mengurus konflik dan membina persahabatan secara berperingkat.
Bila anak sukar mengekalkan persahabatan atau sering berkonflik, kita mungkin menyangka mereka memang antisosial atau tidak suka berkawan.
Kesukaran ini sebenarnya berpunca daripada cabaran mereka membaca isyarat sosial, mengawal impuls, dan memahami giliran dalam pergaulan. Memahami cabaran sosial ini tidak bermaksud kita membiarkan anak terus menyisihkan diri daripada rakan sebaya. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa melatih anak kemahiran sosial secara praktikal supaya mereka lebih yakin membina hubungan yang sihat dan positif.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Friendship Builder untuk melatih anak kemahiran sosial dan membaca isyarat.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan melatih kemahiran sosial, bukan menyangka anak antisosial.
Apabila kita memahami cabaran mereka membaca isyarat sosial, kita boleh membantu anak membina hubungan yang sihat dan positif. Sertai webinar ini dan pelajari cara membantu anak berkawan dengan lebih yakin.
RM100.00