Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Memahami fungsi fokus dan gangguan perhatian.

Teknik praktikal untuk meningkatkan fokus.

Menyediakan persekitaran belajar yang kondusif.

Memahami tempoh fokus mengikut kesesuaian umur.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 3.5 Kenapa Anak ADHD Susah Fokus?

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda mudah hilang fokus walaupun baru sahaja memulakan sesuatu tugasan.

Perhatian anak mudah beralih kepada bunyi, pergerakan, barang di sekeliling atau fikirannya sendiri sehingga kerja sering terhenti separuh jalan.

Anda keliru kerana anak boleh fokus lama pada perkara yang diminatinya, tetapi sukar memberi perhatian pada kerja sekolah atau arahan harian.

Anda mahu memahami mengapa fokus anak ADHD tidak sentiasa konsisten dan mengapa masalah ini bukan semata-mata disebabkan malas, degil atau tidak mahu mencuba.

Anda mahu membantu anak memberi tumpuan tanpa perlu sentiasa mengingatkan, memarahi atau duduk di sebelahnya sepanjang masa.

Anda mahu belajar menyesuaikan tugasan, persekitaran dan cara memberi arahan supaya anak lebih mudah memulakan, mengekalkan perhatian dan menyiapkan kerja.

Kenapa Anak ADHD Susah Fokus?

Bila anak sukar menyiapkan kerja sekolah atau asyik terganggu, kita mungkin menyangka mereka malas atau tidak berminat. Anak bukan tidak mahu fokus, tetapi otak mereka memproses perhatian secara berbeza dan mudah terganggu oleh persekitaran. Memahami perbezaan ini tidak bermaksud kita merendahkan jangkaan terhadap pencapaian akademik mereka. Sebaliknya, ia membolehkan ibu bapa menyesuaikan persekitaran pembelajaran dan menggunakan teknik yang tepat untuk mengoptimumkan fokus anak.

Worksheet

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Focus Booster Toolkit untuk menguji pelbagai strategi fokus yang sesuai.

Replay and Access

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan menyesuaikan persekitaran, bukan merendahkan jangkaan.

Apabila kita memahami cara otak anak memproses perhatian, kita boleh menggunakan teknik yang tepat untuk mengoptimumkan fokus mereka. Sertai webinar ini dan pelajari cara membantu anak memberi tumpuan dengan lebih baik.