Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Memahami kaitan antara anxiety dan ADHD.

Mengenal pasti simptom anxiety pada anak.

Menggunakan teknik menenangkan diri yang berkesan.

Peranan sokongan ibu bapa dan bila perlu mendapatkan bantuan.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 4.3 suitability highlights

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda sering kelihatan risau, takut atau terlalu memikirkan perkara yang mungkin berlaku.

Anak mungkin kerap bertanya soalan yang sama, takut membuat kesilapan, sukar berpisah dengan anda atau mengelakkan situasi tertentu kerana berasa tidak yakin.

Anda keliru sama ada kebimbangan anak masih biasa atau sudah mula mengganggu kehidupan hariannya.

Anda mahu memahami bagaimana anxiety boleh berlaku bersama ADHD dan mempengaruhi tidur, sekolah, persahabatan, keyakinan diri serta kesediaan anak mencuba perkara baharu.

Anda mahu menyokong anak menghadapi rasa risau tanpa terus memaksa, memarahi atau melindunginya daripada semua cabaran.

Anda mahu belajar mengenal pasti pencetus, memberi respons yang lebih menenangkan dan membantu anak membina keberanian secara berperingkat.

Bila anak sentiasa bimbang atau takut membuat kesilapan, kita mungkin menganggap mereka terlalu manja atau risau tidak bertempat.

Kebimbangan yang berlebihan ini mungkin petanda "anxiety" yang sangat kerap berlaku bersama ADHD tetapi mudah terlepas pandang. Memahami wujudnya kebimbangan ini tidak bermaksud kita membiarkan ketakutan mengawal kehidupan harian anak. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa mengenal pasti tanda awal dan menggunakan teknik yang betul untuk menyokong anak mengurus kebimbangan mereka.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Worry Bubble untuk membantu anak mengurus kebimbangan dan teknik menenangkan diri.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan menyokong anak, bukan membiarkan ketakutan mengawal mereka.

Apabila kita mengenal pasti tanda awal "anxiety", kita boleh menggunakan teknik yang betul untuk membantu anak mengurus kebimbangan mereka. Sertai webinar ini dan fahami anxiety yang sering berlaku bersama ADHD.