Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Memahami konsep time blindness pada anak ADHD.

Strategi pengurusan masa yang berkesan.

Penggunaan timer visual dan checklist.

Cara menetapkan prioriti untuk tugasan harian.

Pakar Soul Insight

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri

Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.

Lesson 3.6 Anak ADHD Selalu Lambat?

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anak anda sering mengambil masa terlalu lama untuk bersiap, memulakan kerja atau menyiapkan tugasan harian.

Rutin yang sepatutnya ringkas boleh menjadi sangat panjang sehingga anak kerap lewat ke sekolah, tertinggal kerja atau perlu diingatkan berkali-kali.

Anda keliru mengapa anak masih “lambat” walaupun sudah diberi masa, arahan dan peringatan.

Anda mahu memahami cabaran anak dalam menganggarkan masa, mengatur langkah dan menyedari masa yang sedang berlalu, bukan terus menganggap mereka sengaja berlengah atau tidak mengambil berat.

Anda mahu membantu anak mengurus masa dengan lebih baik tanpa perlu sentiasa mengejar atau memarahinya.

Anda mahu belajar menggunakan strategi yang lebih jelas dan praktikal supaya anak dapat memulakan tugasan, mengikuti tempoh masa dan bergerak dari satu aktiviti ke aktiviti seterusnya dengan lebih lancar.

Anak ADHD Selalu Lambat?

Bila janji "lima minit lagi" meleret menjadi sejam, kita sering berasa geram dan menganggap anak sengaja melengahkan masa. Kelewatan ini sebenarnya berpunca daripada "time blindness", iaitu kesukaran otak ADHD untuk menganggarkan dan merasai peredaran masa. Memahami konsep ini tidak bermaksud kita membiarkan anak terus menjadi seorang yang tidak menepati masa. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa menggunakan alat bantuan visual dan strategi pengurusan masa yang berkesan untuk melatih anak menjadi lebih peka terhadap masa.

Worksheet

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet My Time Estimation Challenge untuk membina kesedaran masa anak.

Replay and Access

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan melatih pengurusan masa, bukan menganggap anak sengaja melengah.

Apabila kita memahami konsep "time blindness", kita boleh menggunakan alat bantuan visual yang berkesan untuk melatih anak. Sertai webinar ini dan pelajari cara membantu anak mengurus masa dengan lebih baik.