Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Memahami ADHD jenis kurang tumpuan.
Punca anak berangan dan bezanya dengan ADHD.
Strategi praktikal meningkatkan fokus.
Cara menyokong pembelajaran anak.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda sering termenung, berangan atau kelihatan seperti “hilang” dalam dunianya sendiri.
Anak mungkin tidak memberi respons apabila dipanggil, terlepas arahan atau tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.
Anak anda pendiam tetapi sering sukar fokus dan menyiapkan tugasan.
Kerja sekolah kerap tidak siap, mengambil masa terlalu lama atau terhenti separuh jalan walaupun anak sebenarnya memahami apa yang perlu dilakukan.
Anda mahu memahami sama ada sikap “tidak fokus” anak ialah kemalasan atau tanda ADHD yang sering terlepas pandang.
Anda mahu belajar memerhati cabaran dan kekuatan anak dengan lebih tepat, tanpa terus memarahi, membandingkan atau melabelnya sebagai malas dan tidak berminat.
Bila kita faham cabaran fokus, respons kita boleh berubah.
Bila kita nampak anak selalu berangan, kita mungkin menganggap mereka malas atau tidak berminat. Anak yang sering kelihatan "hilang" dalam dunia sendiri mungkin sebenarnya sedang bergelut dengan ADHD jenis kurang tumpuan (inattentive type) dan kesukaran memproses arahan. Memahami perkara ini tidak bermaksud kita membiarkan mereka terus hanyut tanpa fokus. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa menggunakan strategi praktikal yang tepat untuk membantu anak meningkatkan tumpuan tanpa perlu memarahi mereka setiap masa.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet inattention symptoms checklist serta 7-day focus tracker & distraction journal.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan membimbing, bukan memarahi.
Apabila kita memahami cabaran fokus anak, kita boleh menggunakan strategi yang lebih berkesan untuk membantu mereka. Sertai webinar ini dan pelajari cara praktikal meningkatkan tumpuan anak anda.
RM100.00