Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini
Mengenal pasti tanda kemurungan dan faktor risiko.
Memberikan sokongan emosi yang bersesuaian.
Langkah untuk mendapatkan bantuan profesional.
Strategi pencegahan awal kemurungan pada anak.
Pakar Soul Insight
Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah
Chief Clinical Expert, Pakar Psikiatri
Seorang pakar psikiatri dan pensyarah perubatan dengan pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja, hubungan keibubapaan dan keluarga, neurodiversiti, serta pendidikan kesihatan mental komuniti. Dr Khadijah memberikan panduan klinikal bagi memastikan Parenting ADHD kekal berasaskan bukti, bertanggungjawab dan relevan kepada keluarga Malaysia.
Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd
Chief Wellbeing Expert, Pakar Kesihatan Awam
Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak.
Webinar ini sesuai untuk anda jika…
Anak anda semakin kerap kelihatan murung, hilang minat atau menjauhkan diri daripada orang lain.
Anak mungkin tidak lagi menikmati aktiviti yang biasanya disukai, lebih banyak menyendiri atau kelihatan letih dan tidak bersemangat untuk tempoh yang berpanjangan.
Anda keliru sama ada perubahan emosi anak hanya sementara atau tanda yang perlu diberi perhatian serius.
Anda mahu memahami bagaimana cabaran ADHD, pengalaman gagal berulang kali, penolakan sosial atau keyakinan diri yang rendah boleh memberi kesan kepada kesihatan emosi anak.
Anda mahu mengenali tanda amaran dan tahu bila perlu mendapatkan bantuan profesional.
Anda mahu belajar mendekati anak dengan lebih tenang, membuka ruang untuk mereka bercakap dan mengambil langkah yang sesuai tanpa mengabaikan, memaksa atau menganggap mereka sekadar mencari perhatian.
Bila anak kelihatan murung atau hilang minat, kita mungkin menyangka ia hanya fasa sementara atau mereka sengaja mencari perhatian.
Kekecewaan berulang, kegagalan di sekolah dan penolakan sosial boleh memberi kesan mendalam kepada kesihatan mental anak ADHD hingga membawa kepada kemurungan. Menyedari risiko kemurungan ini tidak bermaksud kita perlu sentiasa hidup dalam ketakutan atau terlalu melindungi anak. Sebaliknya, ia menjadikan ibu bapa lebih peka terhadap tanda-tanda amaran awal dan tahu bila masanya untuk bertindak segera mendapatkan bantuan profesional.
Worksheet
Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet Mood Tracker & Support Circle untuk memantau perubahan emosi anak.
Replay and Access
Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.
Full Course Parenting ADHD
Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.
Mula dengan menjadi lebih peka, bukan menyangka ia fasa sementara.
Apabila kita menyedari risiko kemurungan, kita tahu bila masanya untuk bertindak segera mendapatkan bantuan profesional. Sertai webinar ini dan kenali tanda-tanda kemurungan yang tidak patut diabaikan.
RM100.00