PARENTING ADHD BY SOUL INSIGHT
Membesarkan Anak ADHD Bukan Sekadar Tentang Diagnosis
Memahami diagnosis adalah satu langkah. Mengetahui apa yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian bersama anak adalah langkah seterusnya.
Parenting ADHD ialah program pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami ADHD dengan lebih jelas dan mempelajari strategi praktikal yang boleh digunakan dalam kehidupan keluarga.
Kenali Parenting ADHDLihat Pilihan Pembelajaran
Berpandukan ilmu berasaskan bukti • Praktikal untuk ibu bapa • Relevan dengan kehidupan keluarga

Mungkin Anda Berada Di Sini Kerana…
Setiap keluarga sampai ke perjalanan memahami ADHD melalui jalan yang berbeza.
Anak baru didiagnosis ADHD
Anda sedang cuba memahami apa maksud diagnosis ini dan apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Anak sedang menjalani penilaian
Masih banyak persoalan dan anda mahu memahami ADHD dengan lebih baik sementara menunggu langkah seterusnya.
Anak sudah menerima rawatan
Tetapi cabaran di rumah, sekolah, rutin, fokus atau emosi masih perlu diurus setiap hari.
Anda masih cuba memahami tingkah laku anak
Susah fokus? Terlalu aktif? Mudah meletup? Selalu lupa? Susah mula kerja?
Anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
Diagnosis dan rawatan adalah sebahagian daripada perjalanan.
Tetapi kehidupan bersama ADHD berlaku setiap hari, ketika bersiap ke sekolah, membuat kerja rumah, mengurus masa, menghadapi emosi, berkawan, tidur dan menjalani rutin keluarga.
Di sinilah pendidikan ibu bapa memainkan peranan.
Rawatan Profesional dan Pendidikan Ibu Bapa
Saling Melengkapi
Anak mungkin menerima bantuan daripada doktor, ahli terapi atau profesional lain.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlukan ilmu untuk memahami apa yang berlaku dan menyokong anak dalam kehidupan sehari-hari.
Penjagaan Profesional
Bergantung kepada keperluan setiap anak, profesional kesihatan boleh membantu melalui:
- penilaian dan diagnosis;
- rawatan dan pemantauan;
- terapi atau intervensi yang sesuai; dan
- nasihat berdasarkan keperluan individu anak.
Parenting ADHD
Parenting ADHD membantu ibu bapa melalui:
- pemahaman yang lebih jelas tentang ADHD;
- pendidikan mengenai pilihan rawatan;
- strategi praktikal untuk kehidupan harian;
- kemahiran keibubapaan;
- sumber pembelajaran yang boleh dirujuk semula; dan
- sokongan pembelajaran berterusan.
Penting untuk diketahui
Parenting ADHD ialah program pendidikan untuk ibu bapa.
Ia tidak menggantikan penilaian, diagnosis, rawatan, terapi atau nasihat individu daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.
Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai keadaan atau rawatan anak, bincangkan dengan profesional kesihatan yang merawat anak anda.
Daripada “Saya Tak Tahu Nak Buat Apa”
Kepada Langkah Yang Lebih Jelas
Parenting ADHD dibina untuk membantu ibu bapa memahami bukan sahaja apa itu ADHD, tetapi juga bagaimana ADHD boleh mempengaruhi kehidupan anak dan keluarga.
Fahami ADHD
- tanda dan simptom ADHD;
- hiperaktif, impulsif dan inattentive ADHD;
- ubat ADHD;
- rawatan selain ubat; dan
- bila bantuan profesional mungkin diperlukan.
Urus Cabaran Harian
- rutin;
- susah duduk diam;
- impulsif;
- fokus;
- pengurusan masa;
- mudah lupa;
- task paralysis; dan
- tidur.
Fahami Emosi & Kesejahteraan
- emotional dysregulation;
- kemahiran sosial;
- anxiety;
- depression;
- tanda-tanda autism; dan
- penjagaan diri ibu bapa.
Bina Kekuatan Anak
- mengenali kekuatan anak;
- membuat keputusan;
- menyelesaikan masalah;
- menjadi lebih resourceful; dan
- belajar mencuba dengan lebih yakin.
Matlamatnya bukan untuk menjadi ibu bapa yang sempurna.
Matlamatnya ialah untuk memahami anak dengan lebih baik supaya kita boleh memilih respons dan strategi yang lebih sesuai — selangkah demi selangkah.
Belajar Bersama Pakar Yang Memahami Perjalanan ADHD
Parenting ADHD menggabungkan perspektif klinikal, kesihatan awam dan aplikasi praktikal supaya ilmu yang kompleks lebih mudah difahami dan digunakan oleh ibu bapa.

Dr Khadijah
Pakar Psikiatri
Dr Khadijah membimbing ibu bapa memahami ADHD daripada perspektif klinikal — termasuk simptom, diagnosis, rawatan, ubat, kesihatan mental dan perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang perkembangan anak.
Penerangannya membantu ibu bapa memahami mengapa sesuatu berlaku, bukan sekadar apa yang kelihatan pada tingkah laku anak.

Dr Madeehah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Dr Tengku Madeehah ialah ahli akademik dan penyelidik dengan pengalaman dalam bidang kesihatan kanak-kanak, kesihatan mental dan pendidikan kesihatan komuniti.
Dalam Parenting ADHD, beliau membantu menterjemahkan ilmu kepada langkah dan strategi yang lebih praktikal untuk digunakan dalam kehidupan keluarga.
Ilmu yang betul penting. Tetapi ilmu juga perlu boleh digunakan dalam kehidupan sebenar.
Itulah sebabnya Parenting ADHD menggabungkan pemahaman + praktikal + sokongan.
Bukan Sekadar Menonton Video
Setiap pelajaran Parenting ADHD direka untuk membawa ibu bapa daripada memahami → mencuba → mengaplikasikan.

Belajar Bersama Pakar
Ikuti penerangan teras daripada Dr Khadijah atau Dr Madeehah mengikut topik pelajaran.

Berhenti & Fahami
Recap ringkas membantu anda menangkap perkara utama sebelum bergerak ke bahagian seterusnya.

Bawa Kepada Praktikal
Bagi pelajaran yang sesuai, worksheet, alat praktikal atau Praktikal bersama Dr Dee membantu anda menghubungkan ilmu dengan situasi sebenar anak.

Semak & Simpan Sebagai Rujukan
Kuiz ringkas membantu anda menyemak kefahaman, manakala ringkasan pelajaran boleh disimpan untuk dirujuk semula.
Belajar ikut masa anda sendiri.
Anda tidak perlu menghabiskan semuanya sekaligus.
Kembali kepada pelajaran dan sumber apabila cabaran tersebut muncul dalam kehidupan keluarga.
Belajar Sendiri Tak Bermakna Anda Perlu
Melalui Semuanya Sendiri
Parenting ADHD bukan sekadar koleksi pelajaran.
Ibu bapa yang menyertai Full Course turut mendapat akses kepada Komuniti Parenting ADHD sepanjang tempoh akses kursus.
Di sinilah pembelajaran boleh diteruskan melalui aktiviti dan perbincangan yang membantu ibu bapa menghubungkan ilmu dengan pengalaman sebenar di rumah.

Rabu Praktikal
Satu fokus kecil untuk dicuba dalam kehidupan sebenar.

Parent Lab
Senario keibubapaan untuk difikir, dibincang dan dipraktikkan.

Debrief
Lihat semula apa yang berlaku dan bagaimana strategi boleh disesuaikan.

Friday Check-In
Ruang untuk berhenti seketika dan melihat bagaimana minggu anda berjalan.
Bukan untuk membandingkan siapa ibu bapa yang lebih baik.
Komuniti ini dibina sebagai ruang pembelajaran yang menghormati pengalaman setiap keluarga.

Soul Insight ialah sebuah syarikat pendidikan kesejahteraan mental yang membantu keluarga memahami tingkah laku manusia melalui pendidikan berasaskan bukti.
Melalui Parenting ADHD, kami menggabungkan kepakaran profesional dengan strategi praktikal yang mudah diaplikasikan dalam kehidupan seharian supaya ibu bapa dapat memahami dan menyokong perkembangan anak dengan lebih yakin.
Pilih Langkah Yang Sesuai Untuk Anda Sekarang
Ada ibu bapa yang mahu bermula dengan satu topik tertentu.
Ada juga yang sudah tahu bahawa mereka perlukan pembelajaran yang lebih menyeluruh.
Kedua-duanya adalah langkah yang baik.
Mahu Mulakan Dengan Satu Topik?
Sertai Live Webinar Parenting ADHD
Setiap webinar memberi fokus kepada satu cabaran atau persoalan tertentu supaya anda boleh belajar secara lebih mendalam bersama pakar.
3.3 Kenapa Anak ADHD Tak Boleh Duduk Diam?
15 November 2026
9.00 – 10.30 pagi (MYT)
Harga RM100 / pax
Webinar 3.2 telah selesai pada 1 November 2026.
Klik untuk melihat Webinar 3.3 dan jadual terkini Bab 3. Semak syarat akses rakaman sesi yang telah selesai sebelum membeli Complete Pass.

Mahu Belajar Secara Menyeluruh?
Full Course Parenting ADHD
Program pembelajaran berstruktur yang membawa anda daripada asas memahami ADHD kepada strategi keibubapaan, kesejahteraan emosi dan pembangunan kekuatan anak.
- 23 pelajaran utama + 2 pelajaran pengenalan
- 5 bab pembelajaran utama + 1 bab pengenalan
- Akses selama 2 tahun
- Ringkasan & sumber pembelajaran
- Worksheet / alat praktikal bagi pelajaran yang berkaitan
- Komuniti Parenting ADHD
RM750
RM250 × 3 bulan
atau
RM65 × 12 bulan
Soalan Yang Sering Ditanya
Anak saya belum mendapat diagnosis ADHD. Boleh saya sertai?
Ya.
Parenting ADHD boleh membantu ibu bapa memahami ADHD dan mengenali corak tingkah laku dengan lebih jelas.
Walau bagaimanapun, program ini tidak boleh digunakan untuk membuat diagnosis sendiri. Jika anda bimbang tentang perkembangan atau tingkah laku anak, dapatkan penilaian daripada profesional yang berkelayakan.
Anak saya sudah berjumpa psychiatrist/doktor. Masih sesuai?
Ya.
Parenting ADHD direka untuk melengkapkan pembelajaran ibu bapa, bukan menggantikan rawatan anak.
Apa yang dipelajari boleh membantu anda memahami ADHD dengan lebih baik dan membawa soalan yang lebih jelas apabila berbincang dengan profesional yang merawat anak.
Adakah Parenting ADHD akan memberitahu saya sama ada anak perlu makan ubat?
Tidak.
Keputusan rawatan perlu dibuat berdasarkan keadaan individu anak bersama profesional kesihatan yang berkelayakan.
Parenting ADHD membantu anda memahami pilihan rawatan dan persoalan yang boleh dibincangkan dengan doktor.
Program ini sesuai untuk ibu bapa anak umur berapa?
Parenting ADHD memberi tumpuan terutamanya kepada cabaran yang biasa dialami oleh keluarga dengan anak dan remaja usia sekolah.
Banyak strategi dibincangkan dalam konteks umur 7–12 tahun dan 13–17 tahun, dengan penyesuaian mengikut tahap perkembangan anak.
Apa beza Live Webinar dengan Full Course?
Live Webinar sesuai jika anda mahu mendalami satu topik tertentu bersama pakar.
Full Course sesuai jika anda mahu melalui pembelajaran Parenting ADHD secara lebih tersusun dan menyeluruh, merangkumi 23 pelajaran utama, daripada memahami ADHD hingga strategi praktikal, kesejahteraan dan kekuatan anak.
Saya sibuk. Perlu habiskan Full Course mengikut jadual tertentu?
Tidak.
Full Course direka untuk pembelajaran kendiri dan anda mendapat akses selama 2 tahun.
Anda boleh belajar mengikut masa sendiri dan kembali kepada pelajaran tertentu apabila memerlukannya.
Adakah Community termasuk dalam Full Course?
Ya.
Akses kepada Komuniti Parenting ADHD disertakan bersama Full Course sepanjang tempoh akses kursus.
Adakah program ini menggantikan rawatan atau terapi anak?
Tidak.
Parenting ADHD ialah program pendidikan ibu bapa.
Ia tidak menggantikan penilaian, diagnosis, rawatan, terapi atau nasihat individu daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.
Anda Tak Perlu Selesaikan Semuanya
Hari Ini
Memahami ADHD ialah satu perjalanan.
Anda tidak perlu mempunyai semua jawapan sekaligus.
Mulakan dengan satu langkah yang paling sesuai untuk keluarga anda sekarang.
Lihat Webinar SeterusnyaTerokai Full Course Parenting ADHD
Fahami anak. Bina keyakinan. Bergerak selangkah demi selangkah.