Apa yang akan dibincangkan dalam webinar ini

Apa maksud ADHD dominan hiperaktif-impulsif. Contoh tingkah laku hiperaktif dan impulsif yang sering dilihat di rumah atau sekolah.

Simptom ADHD yang mudah disalah faham sebagai nakal, degil atau sengaja melawan.

Bagaimana ADHD boleh memberi kesan kepada anak dari kecil, remaja hingga dewasa. Bagaimana cabaran ADHD memberi kesan kepada ibu bapa, adik-beradik dan suasana keluarga.

Cabaran tambahan apabila ibu bapa sendiri mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Pakar Kami

Dr Khadijah Hasanah binti Abang Abdullah

Dengan pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang kesihatan mental kanak-kanak, pembicara kami telah membantu ribuan keluarga memahami dan menguruskan ADHD dengan lebih baik.

Dr Tengku Amatullah Madeehah T Mohd

Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Profesor Madya di USIM dengan pengalaman dalam pediatrik, kesihatan mental serta penyelidikan kesihatan kanak-kanak. 

Webinar ini sesuai untuk anda jika…

Anda mahu memahami tanda-tanda awal ADHD tanpa terus panik atau melabel anak.

Anda tidak pasti sama ada tingkah laku anak masih dalam julat normal atau mungkin berkaitan ADHD.

Anak anda sangat aktif, impulsif atau sukar duduk diam.

Anak anda kerap ditegur oleh guru, ahli keluarga atau penjaga.

Anda mahu langkah praktikal untuk mula memerhati tingkah laku dan kekuatan anak di rumah.

Anda sering tertanya-tanya sama ada anda terlalu lembut, terlalu tegas atau tidak tahu cara yang betul.

Bila kita faham tanda awal, respons kita boleh berubah.

Anak yang sering dilabel “nakal” mungkin sebenarnya sedang bergelut dengan perhatian, impulsiviti, kawalan diri atau cara otaknya memproses arahan dan rangsangan. Memahami perkara ini tidak bermaksud ibu bapa membiarkan semua tingkah laku. Sebaliknya, ia membantu ibu bapa memilih respons yang lebih tepat: bila perlu memberi struktur, bila perlu memberi latihan, bila perlu mendapatkan penilaian lanjut, dan bila perlu melihat kekuatan anak dengan lebih jelas.

Worksheet

Dalam webinar ini, peserta akan dibimbing menggunakan worksheet symptom & strength checklist serta 7-day observation.

Replay and Access

Replay dan akses bahan webinar akan tersedia selama 14 hari, supaya anda mempunyai masa untuk menonton semula, melengkapkan worksheet dan membuat refleksi di rumah.

Full Course Parenting ADHD

Untuk ibu bapa yang mahu belajar dengan lebih mendalam, program penuh Parenting ADHD menyediakan 23 pelajaran sepanjang 12 bulan, worksheet, handout, tugasan praktikal, komuniti sokongan ibu bapa dan akses kursus selama 24 bulan.

Mula dengan memahami, bukan menghukum.

Apabila kita melihat tingkah laku anak dengan lebih jelas, kita boleh mula bertindak dengan lebih tenang, lebih tepat dan lebih berkesan. Sertai webinar ini dan mula kenali tanda-tanda awal yang mungkin selama ini terlepas pandang.